Transfer

Gervane Kastaneer Tunggu Jawapan Akhir Terengganu

Kastaneer Terengganu FC 2 Gervane Kastaneer Tunggu Jawapan Akhir Terengganu
Terengganu FC

Penyerang Curacao, Gervane Kastaneer mengakui kontraknya bersama Terengganu FC bakal berakhir pada Disember ini. Beliau turut mengesahkan belum ada rundingan baharu dijalankan berhubung lanjutan kontrak bersama Peteh.

Advertisement

“Saya tak tahu, saya tak tahu. Itu (soal kontrak baharu), anda kena tanya dengan (pengurusan) Terengganu. Kontrak saya akan berakhir pada Disember, itu saja yang saya boleh katakan.

“Saya belum dengar apa-apa (berhubung soal rundingan lanjutan kontrak baharu). Saya tak tahu,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Ainul Abd Rouf.

Kastaneer berkata demikian selepas aksi Liga Super antara Negeri Sembilan FC dan Peteh yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR), Paroi baru-baru ini. Terengganu meraih kemenangan 2-1 ke atas tuan rumah.

Meskipun kontraknya bakal berakhir tidak lama lagi, beliau menyatakan keinginan untuk terus kekal membantu Terengganu.

Kastaneer tiba di Terengganu pada Januari 2026. Sejak bersama pasukan Pantai Timur itu, beliau telah merekodkan 16 penampilan, empat gol dan lima bantuan gol.

Sekiranya Kastaneer meninggalkan Peteh, Terengganu dijangka memanfaatkan kudrat Romel Morales, Jordan Mintah dan Elvis Kamsoba sebagai peledak utama pasukan itu untuk baki kempen musim ini.

Percuma untuk pembacaTnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
--baki
Memuatkan...