Warga Indonesia Kagum Dengan Keindahan ‘Ala’ Eropah Di Stadium Sultan Ibrahim
Inspirasi
Sony Andrio
Advertisements

Seorang warga Indonesia baru-baru ini telah berkongsi keterujaannya ketika merasai pengalaman ‘Stadium Tour’ di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Warga Indonesia yang dikenali dengan nama Sony Andrio hadir ke SSI dan hanya membayar RM60 untuk merasai keunikan SSI.

“JDT Stadium Tour ini ada di setiap Sabtu dan hari cuti nasional. Harganya RM60 ( sekitar Rp200.000). Tiketnya boleh dibeli beli on the spot di kaunter tiket yang ada di stadium.

Advertisements

“Tour guide waktu itu adalah En. Sheikh Abdullah. Beliau sudah sangat fasih dan bersemangat menjelaskan selok belok Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Stadium Sultan Ibrahim sejak awal,” coret Sony di laman X.

Sony juga merasai pengalaman menonton perlawanan melibatkan JDT dan turut teruja dengan sistem tiket di SSI yang sangat teratur.

“Tiket perlawanan JDT sudah full digital, tidak perlu penukaran dalam bentuk gelang dan sebagainya, dan QR codenya sudah terintegrasi dengan sistem di tiap gate. Jadi kalau kita scan di gate yang tidak sesuai maka gate tidak akan terbuka,” coret Sony di laman X milik beliau.

Advertisements

Beliau turut terkesima melihat beberapa kemudahan setaraf eropah yang ada di SSI seperti bilik persalinan pemain, gimnasium, bilik pemulihan dan juga bahagian medik.

Beliau berkongsi bahawa apabila berada di bahagian medik, para pengunjung tidak dibenarkan mengambil sebarang foto kerana ada beberapa peralatan khas yang perlu dirahsiakan.

Pada hemat Sony, para pelancong yang mahu berkunjung ke Malaysia atau Singapura wajib merasai pengalaman mengujakan di SSI yang merupakan salah satu stadium terbaik dunia ini.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram