Warga Kanada Kagum Aura Hebat Bukit Jalil Di Depan Mata

Kanada Malaysia Warga Kanada Kagum Aura Hebat Bukit Jalil Di Depan Mata
Jetlag & Azri/MakanBola
Nik Faris @nikfalovic
8:56am 16/10/2023

Penyokong kanada menyatakan keterujaan apabila melihat aura hebat di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Beliau yang dikenali selaku pengembara sepenuh masa membuat keputusan untuk berkunjung ke Malaysia selepas sekian lama tidak kembali.

Menerusi perkongsian yang dibuat di laman sosial beliau, pasangan suami isteri yang dikenali sebagai Jetlag Warriors kelihatan terkejut dengan aura di Bukit Jalil.

Beliau sempat merakam detik indah sambil memuji kualiti yang dimiliki di stadium keramat Harimau Malaya.

“Suasana di stadium Malaysia cukup berbeza di Eropah. Di sana penyokongnya lebih agresif berbanding di sini (Malaysia) mereka lebih mesra dan bertenaga untuk memberi sokongan. Mungkin ini kerana sebahagian besar terdiri daripada penyokong tuan rumah.”

Beliau juga kagum dengan melihat majoriti ultras terdiri daripada warga Malaysia sendiri.

“Di dalam stadium ini terdapat lebih 40,000 orang penyokong, auranya cukup hebat,” jelasnya.

Sokongan padu itu membawa kepada kejayaan bermakna Harimau Malaya yang mencatatkan kemenangan besar 4-2 ke atas pasukan ke-102 dunia.

Malaysia akan berdepan Tajikistan pada 17 Oktober 2023 di Bukit Jalil.