Warga Vietnam Mengamuk Pecahkan TV Selepas Dibelasah Indonesia
Hiburan
Timnas Indonesia/Kepa Argawinata
Advertisements

Tular sebuah video berkenaan seorang warga Vietnam mengamuk sambil memecahkan televisyen selepas sukar menerima kekalahan pasukan tanah airnya, Vietnam semalam.

Video terbabit telah tular di platform media sosial X di mana beliau dilihat tidak boleh mengawal dirinya daripada marah dan terus membaling televisyennya sambil memecahkan dengan sebatang kayu.

Difahamkan dalam video itu, si perakam cuba mentenangkan beliau namun tidak dihiraukan kata-kata si perakam.

Advertisements

Vietnam yang terpaksa akur sekali lagi ditewaskan Indonesia dan kali ini tewas di laman sendiri pada saingan kelayakan Piala Dunia 2026 dengan keputusan 3-0 semalam.

Dalam perkembangan yang sama, selepas dimalukan Indonesia bekas pengendali Vietnam, Philippe Troussier sah dipecat dan kontrak jurulatih kelahiran Perancis itu ditamatkan serta-merta selepas perlawanan.

Advertisements

Keputusan ini menyaksikan Tim Garuda menduduki tangga kedua Kumpulan F dengan tujuh mata selepas empat perlawanan. Manakala Vietnam di tangga ketiga dengan empat mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram