Warkah De Paula Buat Rakyat Malaysia
Dunia
Thanh Nien
Advertisements

Penyerang sensasi kebangsaan, Guilherme De Paula telah membuat satu hantaran di Instagram Story miliknya hari ini. Hantaran tersebut telah dikongsikan Paula dalam satu tulisan panjang yang meluahkan beberapa perkara bagi mengharmonikan keadaan.

Pemain yang berusia 35 tahun itu sebelum ini sering kali menjadi bualan dan perhatian penyokong Harimau Malaya. Setiap tingkah laku dan aksinya ketika di atas padang mahupun di luar padang sering kali dikritik peminat bola sepak tempatan.

De Paula tampil menjelaskan bahawa dirinya amat menghargai setiap sokongan yang diberikan. Beliau menghormati setiap harapan yang diberikan dan menganggap perkara itu sebagai salah satu pembakar semangat buat dirinya.

Advertisements

“Sejak hari pertama saya bermain bersama skuad kebangsaan, saya amat menghargai dan menghormati setiap harapan anda terhadap saya. Penghormatan itu amat menggalakan, terima kasih.”

Namun begitu, berkaitan isu yang tular semalam, Paula menjelaskan bahawa sesetengah individu telah menyalah anggap. Ia sekaligus menyebabkan perkara itu menjadi tular dan hangat diperbualkan.

“Namun insiden semalam telah disalah ertikan segelintir pihak dan ia sekaligus menjadikan perkara itu lebih buruk.”

Advertisements

“Saya sentiasa menghormati jurulatih dan rakan sepasukan. Sejujurnya saya kecewa sedangkan saya sudah memberikan 100 peratus yang terbaik di atas padang. Cuma kadang kala saya merasakan saya boleh buat lebih baik daripada itu.”

Walau bagaimanapun, De Paula tetap yakin dirinya dan rakan sepasukan akan memberi sinar kebahagiaan buat penyokong Harimau Malaya. Tambahnya, beliau akan terus perbaiki diri dan meningkat usaha semaksimum mungkin.

“Terus maju ke hadapan. Saya akan bekerja keras dan perbaiki diri sendiri dalam pasukan. Kita dahagakan kemenangan dan kita akan berjuang bersama untuk Malaysia,” ujar Paula.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram