Wartawan Colombia Pelik Dengan Cara Yohandry Orozco Memilih Selangor
Dunia
idiomafutve
Advertisements

Pemain antarabangsa Venezuela, Yohandry Orozco dikatakan semakin hampir untuk menyertai kelab gergasi Malaysia, Selangor FC walaupun baru sahaja disahkan menyertai kelab Colombia, Atletico Bucaramanga awal bulan lalu.

Berita perpindahan Orozco ke Selangor telah tersebar di Colombia dan salah seorang wartawan sukan di negara tersebut, Dilan Orjuela menceritakan kejadian aneh yang berlaku kepada Orozco sebelum beliau memilih untuk berhijrah ke Selangor.

Orjuela mendedahkan segalanya baik-baik sahaja buat Orozco ketika baru tiba di Bucaramanga sebelum hari berikutnya, Orozco ada menghadiri satu sesi makan tengahari bersama presiden kelab Atletico Bucaramanga, Jaime Quintero.

Advertisements

Segalanya sudah dipersetujui dan pada tengahari hari yang sama, Orozco bersama peguam beliau dikatakan akan menandatangani kontrak bersama kelab tersebut. Namun agak mengejutkan apabila Orozco menolak tawaran kontrak kelab tersebut dan memberitahu bahawa telah mendapat tawaran terbaik dari kelab Malaysia.

Orozco mengucapkan terima kasih atas segalanya dan tindakan Orozco itu jelas sekali mengundang seribu satu persoalan dikalangan peminat bola sepak di Colombia khususnya. Karier sebagai seorang pemain bola sepak sememangnya tidak panjang. Jadi Orozco dikatakan mengambil peluang keemasan sebelum tamat karier bola sepaknya.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram