Detik Cemas Buat Pemain Leicester City, Wesley Fofana Patah Kaki Diterjah Keras Pemain Villarreal
Eropah
Photo: SkySports.com
Advertisements

Dalam perlawanan persahabatan antara Leicester City menentang Villareal, satu insiden ngeri telah menimpa pemain muda berusia 20 tahun Leicester City, Wesley Fofana. Terjahan keras pemain Villarreal, Fernando Nino menyebabkan Fofana mengalami kecederaan patah kaki yang serius.

Kecederaan serius Fofana memberi berita buruk buat skuad Leicester City walaupun perlawanan berakhir dengan kemenangan 3-2 Leicester ke atas Villarreal.

Terjahan tersebut berlaku pada minit ke 59 perlawanan dan menyaksikan Fofana terpaksa diusung keluar. Ulang tayang video menunjukkan betapa ngeri kecederaan patah kaki yang dialami oleh Fofana.

Advertisements

Rakan sepasukannya, Çağlar Söyüncü yang merupakan gandingan beliau di bahagian pertahanan tengah dilihat turut sedih dengan kejadian yang boleh menamatkan karier bola sepak Fofana.

Namun pemain kelahiran Perancis tersebut telah menyatakan beliau dalam keadaan stabil menerusi akaun Instagramnya walaupun mengalami kecederaan retak pada bahagian fibula.

Ramai pemain menyatakan kata-kata semangat buat Fofana ekoran insiden ngeri yang menimpa beliau. Menerusi IG story, pemain seperti Harvey Barnes, William Saliba, Layvin Kurzawa dan ramai lagi rakan sepasukan serta para peminat  memberikan kata-kata semangat buat Fofana.

Advertisements

Kecederaan tersebut menyaksikan Fofana berkemungkinan besar bakal berehat panjang malah terpaksa melupakan aksi bola sepak buat musim 2021/2022.

Ini merupakan berita buruk buat Leicester City yang terpaksa mencari pengganti di bahagian pertahanan tengah ketika musim baru Premier League bakal bermula kurang 2 minggu lagi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram