Debut Luar Biasa William Hollings Bantu Doncaster Rovers Catat Kemenangan Bermakna
Dunia
Will.Hollings
Advertisements

Pemain kelahiran Malaysia-Australia, William Hollings memulakan debutnya bersama pasukan Doncaster Rovers berakhir dengan penuh gemilang apabila aksi mantapnya berjaya membantu pasukan meraih kemenangan dalam aksi penuh dramatik tersebut.

Sebelum ini, pemain berusia 18 tahun ini merupakan antara prospek muda terbaik yang dimiliki oleh pasukan yang beraksi dalam saingan liga ketiga England dan ia pastinya memberi kelebihan buat pasukan dalam usaha memperbaiki kedudukan dalam liga.

Namun begitu, dalam aksi bertemu Scunthorpe United baru-baru ini, pemain tengah berbakat ini menjadi watak penting sungguhpun beliau hanya masuk sebagai pemain gantian.

Advertisements

Sungguhpun kedudukan berjaya dikekalkan sehingga wisel penamat setelah pasukan tuan rumah cuba bangkit menerusi dua gol lewat, namun impak yang diberikan oleh pemain muda ini nyata amat penting dalam mengawal tempo permainan pasukan.

Kemenangan dalam saingan peringkat kumpulan dalam kejohanan EFL Trophy itu meletakkan pasukan kendalian R.Wellens itu berada pada kedudukan kedua dalam kumpulan selepas tiga perlawanan.

Ini sekaligus membuka peluang buat pasukan untuk layak ke peringkat seterusnya dalam usaha untuk mara sejauh mungkin dalam saingan kali ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram