Ya Betul, Mereka Memang Tak Reti Penat
Blog
Football Association of Malaysia
Advertisements

Perlawanan Kelayakan Piala Asia Wanita 2022 yang melibatkan pertembungan antara pasukan wanita negara menentang Palestin berkesudahan penuh dramatik dengan kemenangan berpihak kepada Malaysia dengan jaringan 2-0.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Faisal Al-husseini itu benar-benar menjadi titik kebangkitan pasukan Jacop Joseph bermula dari saat pertama perlawanan. Kekalahan kepada pasukan Thailand nyata membangkitkan semangat para pemain untuk terus memberikan segalanya dalam aksi ini.

Para pemain terus menekan barisan pertahanan Palestin yang kelihatan sedikit goyah dan sering kehilangan bola di kawasan sendiri. Malah, pemain Malaysia juga berjaya melepaskan beberapa percubaan ke arah gawang lawan.

Advertisements

Rencana pasukan negara yang lebih selesa menekan dari segenap penjuru padang selain gemar bermain melalui bola jauh nyata memerangkap pasukan Palestin yang memaksa penjaga golnya meninggalkan posisi beberapa kali bagi menyelamatkan keadaan.

Malah, barisan pertahanan yang diketuai oleh kapten pasukan, Steffi Sarge Kaur dilihat amat berdisiplin dengan tidak memberi ruang dan peluang buat pasukan untuk memasuki kotak penalti Malaysia.

Tak Reti Penat

Paling menarik perhatian adalah aksi larian semua pemain yang berlari seolah-olah mereka tidak ada ‘penat’ dalam kamus kehidupan mereka.

Advertisements

Dalam 15 minit pertama perlawanan juga, pasukan negara berjaya mencatatkan 3 percubaan ke arah gawang menerusi serangan balas pantas yang direncanakan namun dinafikan oleh kecekapan penjaga gol sebelum peluang terbaik pasukan hadir pada minit ke-19 namun masih menemui kebuntuan.

Tidak sampai seminit, Malaysia terus menekan kubu tuan rumah sungguhpun baru mendapat penguasaan bola daripada Palestin dan terus melakukan satu hantaran lintang namun tandukan yang dilakukan sedikit tersasar.

Walaupun Palestin menggandakan usaha, disiplin dan dedikasi yang ditunjukkan oleh pasukan terutamanya penjaga gol, Azurin Mazlan nyata memberi kehampaan buat pasukan lawan.

Advertisements

Prestasi Malaysia selepas kembali dari bilik persalinan nyata lebih bertenaga dengan hantaran mencari pemain sayap membuahkan hasil apabila gol pertama menjaringkan gol pertama menerusi Andrea Lee.

Selepas itu, amukan pasukan Harimau Malaya Wanita terus membara menerusi gerakan yang direncanakan di bahagian kanan padang sebelum satu percubaan kencang oleh pemain gantian, Farishah Hisham melakukan satu rembatan kencang namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gol lawan.

Malam gemilang pasukan negara dilengkapi oleh sepakan percuma cantik yang disudahi oleh kapten pasukan, Steffi Sarge Kaur yang berjaya memberi gol kedua kepada pasukan.

Advertisements

Dalam perlawanan tersebut juga, barisan serangan berjaya mencipta kira-kira 10 percubaan ke arah gawang lawan menerusi kecemerlangan barisan pemain tengah yang mencipta beberapa peluang keemasan dalam perlawanan tersebut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram