Advertisements
Yohandry Orozco Sah Import Ke-8 Selangor
Transfer
MakanBola
Fabian Blanco

Spekulasi siapa awang import kelapan Selangor akhirnya terjawab hari ini. Ini selepas Gergasi Merah mengumumkan perpindahan pemain tengah Venezuela, Yohandry Orozco di laman media sosial mereka hari ini.

Kehadiran pemain tengah ini melengkapkan lapan pemain import yang dimahukan jurulatih Merah Kuning, Tan Cheng Hoe.

Selain Orozco, Selangor turut membawa masuk Ayron Del Valle, Rauf Salifu dan Nour Al-Rawabdeh selain mengekalkan Yazan Al-Arab, Alex Agyarkwa, Hein Htet Aung dan Richmond Ankrah.

Kehadiran bekas pemain tengah Wolfsburg itu bakal memperkuat barisan tengah Selangor. Dan itu sesuatu yang diharapkan Cheng Hoe menjelang saingan Liga Super yang bermula pada akhir Februari ini.

“Pasukan sekarang dilihat memerlukan seorang jeneral pasukan. Saya berharap Orozco dapat memberikan corak permainan yang baiknya dan dapat menstabilkan di bahagian serangan pasukan dengan kekurangan yang kita hadapi.

“Kelebihan Orozco adalah beliau seorang yang memiliki kawalan bola yang sangat baik dan dalam masa yang sama mampu membantu rakan pasukannya untuk dapatkan jaringan gol.

Selain itu, beliau juga mampu menyempurnakan ‘set pieces’ dengan baik, saya harap kelebihannya akan terlihat di padang nanti,” katanya.

Selain Wolfsburg, dia juga pernah beraksi dengan New York Cosmos, Deportivo Tachira dan Deportes Tolima.