Yohandry Orozco Sanggup Tolak Tawaran Colombia Demi Selangor
Dunia
Pipe Sierra
Advertisements

Walaupun sudah diperkuat dengan tujuh awang import, Selangor masih mencari awang import yang dapat memperkuat pasukan mereka. Dan khabarnya, Yohandry Orozco bakal menjadi awang import kelapan Gergasi Merah sehingga sanggup membatalkan persetujuan dengan sebuah kelab lain.

Berdasarkan beberapa laporan media Colombia, Orozco sebelum ini menyatakan persetujuan menyertai kelab Colombia, Atletico Bucaramanga pada 2 Februari lalu. Malah, perpindahannya turut diumumkan kelab tersebut di laman media sosial mereka.

Tetapi pada Rabu lepas, Bucaramanga mengumumkan Orozco tidak lagi menyertai mereka kerana menerima tawaran daripada sebuah kelab luar negara.

Advertisements

Beberapa media termasuk wartawan Colombia, Fabian Branco kemudiannya mendedahkan pemain yang meraih 25 penampilan antarabangsa bersama Venezuela itu menerima tawaran sebuah kelab dari Malaysia (Selangor).

Sekiranya perpindahan Orozco ini direalisasikan, maka lengkaplah sudah lapan awang import pasukan Selangor untuk musim ini. Selain Del Valle dan Salifu, Selangor turut membawa masuk Noor Al-Rawabdeh dan mengekalkan khidmat Yazan Al-Arab, Alex Agyarkwa, Hein Htet Aung dan Richmond Ankrah.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram