Yunus Alif Bakal Kekal Bimbing PDRM
Liga Super
PDRM FC
Advertisements

Sentuhan magis Datuk Yunus Alif bersama PDRM FC menyaksikan pasukan itu menjulang Challenge Cup untuk musim 2023.

Dan kini, khidmat jurulatih berusia 65 tahun itu bakal dikekalkan bersama The Cops selama semusim lagi.

Perkara ini dinyatakan oleh pengurus pasukan PDRM, Shamshul Hisham Abd Razak kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi hari ini.

Advertisements

Beliau memaklumkan perbincangan penyambungan kontrak antara pengurusan The Cops dan Yunus sudah 90% selesai dan bakal dimuktamadkan tidak lama lagi.

“Untuk tahun ini, kita tengah adakan perbincangan terakhir dengan dia. Setakat ini, saya rasa (perkembangan) kita sambung (kontrak) Datuk (Yunus Alif) itu dalam 90%, Insya Allah,” katanya.

Selepas dibawa masuk menggantikan Azzmi Aziz pada Ogos lalu, Yunus membantu PDRM merekodkan 10 kemenangan, dua seri dan tiga kekalahan dalam semua kejohanan Liga Malaysia (Liga M).

Advertisements

Beliau turut menggilap bakat barisan pemain yang dimiliki The Cops baik pemain tempatan mahupun pemain import sebagai satu pasukan yang mantap.

Sekiranya hal ini dapat direalisasikan, ini bakal memudahkan perancangan PDRM untuk saingan liga musim 2024-2025.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram