Yusoff Mahadi Gesa Semua Pihak Beri Peluang, Jangan Cepat Menghukum Harimau Malaya
Dunia
Luqman Hakim Zubir
Advertisements

Kekalahan skuad Harimau Malaya terhadap Jordan semalam sememangnya mengundang kekecawaan daripada penyokong tanah air. Hal ini disebabkan aksi longlai yang dipamerkan oleh para pemain sehingga menyebabkan gawang negara dibolosi sebanyak empat kali.

Rata-rata penyokong memberikan komen bahawa aksi tengah pasukan negara ‘mati’ ketika menentang Jordan sehingga membuatkan pemain penyerang tidak dapat melakukan serangan yang bahaya untuk mencari gol menewaskan penjaga gol Jordan.

Perkara tersebut turut diakui oleh pengurus pasukan, Dato Wira Yusoff Mahadi dan berharap agar kelemahan yang dipamerkan semalam khususnya di bahagian tengah berada dalam penelitian barisan jurulatih diperbaiki dengan segera sebelum aksi menentang pasukan Uzbekistan, sabtu ini.

Advertisements

Beliau berkata bahawa sememangnya para pemain berkeinginan untuk mempamerkan aksi terbaik mereka ketika menentang Jordan semalambiarpun ada di antara mereka yang baru pertama sekali memasuki skuad senior di peringkat tertinggi. Yusoff Mahadi juga berkata bahawa beliau tidak mahu menyalahkan mana-mana pemain di atas kelemahan bahagia tengah negara kerana mereka baru kali pertama digandingkan bersama-sama.

Beliau meminta agar semua pihak memberikan peluang terhadap barisan pemain dan juga tidak terlalu cepat menghukum mereka selepas kekalahan terhdapat Jordan tersebut.

“Pemain Jordan bermain dengan sangat pantas dan juga mempunyai kelebihan fizikal yang baik. Kita telah bermain dengan bersungguh-sungguh dan juga menunjukkan kita juga dapat bersaing. Saya percaya akan ada perbuhan semasa menentang Uzbekistan dan kita akan baiki sebelum AFF Suzuki bermula Disember nanti.”

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram