Yusri Che Lah Akui Tidak Menyesal Bimbing Perak FC, Walaupun Tertekan
Dunia
IG perakfcofficial_
Advertisements

Bagaikan jatuh ditimpa tangga, itulah pepatah yang sesuai dengan situasi melanda Perak FC kini. Sudahlah tidak dapat mendaftarkan pemain baharu, kini bilangan pemain yang mampu beraksi semakin mengecil jumlahnya.

Pengendali Perak FC, Yusri Che Lah memberitahu bahawa daripada 20 pemain yang didaftarkan musim ini, kini beliau hanya mempunyai 17 pemain yang cetek pengalaman termasuk tiga penjaga gol. Situasi menjadi lebih parah apabila tiga daripadanya mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) yang memaksa pemain-pemain tersebut berehat panjang.

Jurulatih berusia 46 tahun itu bagaimanapun berharap perkara agar konflik dalaman yang berlaku di luar padang berjaya diselesaikan agar nasib pasukan ini tidak terus bertambah malang.

Advertisements

“Sejujurnya saya agak terkilan dengan apa yang berlaku dalam pasukan, mana-mana jurulatih pun sudah pasti akan merasai keadaan sama kerana hanya mempunyai pemain yang terhad musim ini dan ditambah kurang pengalaman.

“Sepanjang karier saya sebagai jurulatih, situasi ini paling mencabar kerana pertama kali mempunyai pemain yang begitu terhad selain pemain berkenaan pada awalnya tidak berada dalam perancangan saya musim ini.

“Saya pun tidak pasti sampai bila akan berdepan dengan situasi sebegini, jika ikut peraturan mungkin sehingga jendela kedua perpindahan pemain dibuka, namun ia juga bergantung kepada bayaran denda yang dikenakan kepada pihak pengurusan.

Advertisements

“Tapi saya tidak sesekali menyesal membimbing pasukan ini walaupun tertekan, mungkin saya akan terus bertahan ataupun sebaliknya, saya pun tidak pasti kerana perlu melihat perkembangan seterusnya,” katanya kepada Arena Metro.

Untuk rekod, Perak FC yang kini beraksi di Liga Premier telah mengharungi 2 perlawanan liga. Mereka gagal mengutip sebarang mata selepas mengalami 2 kekalahan dengan hanya 1 gol dijaringkan dan dibolosi 6 kali.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram