Yusri Che Lah Kongsi Keadaan Terkini Kem Perak FC Menjelang Ramadan, Sungguh Memilukan
Dunia
Perak FC
Advertisements

Jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah masih berharap ada sesuatu yang mampu dilakukan oleh pihak pengurusan dalam menyelesaikan masalah tunggakan gaji yang kini difahamkan sudah berlarutan selama empat bulan lamanya.

Masalah tunggakan gaji ini ternyata memberikan masalah utama dalam kem Perak FC yang sekali gus memberikan kesan negatif kepada skuad yang cukup popular dengan gelaran The Bos Gaurus ini.

“Sebenarnya, perjuangan kami masih panjang, tetapi kami memang mengharapkan sinar di hujung terowong… dan terowong itu tidak jadi Terowong Menora lah..tiada penghujung risau juga.

Advertisements

“Jadi kita harap ada sesuatu… jangan menanti lagi, dan tak sanggup lagi berhadapan bulan Ramadan dengan keadaan serba serbi kepincangan dan pemain tanpa makanan yang saya rasa jadi satu perkara paling sedih dalam hidup.

“Walaupun kami diberikan bayaran selepas mendapat sumbangan daripada pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, terima kasih banyak-banyak kepada Tunku kerana membantu pasukan.

“Walaupun kami menerima hanya separuh bayaran bagai Januari, namun begitu sehingga kini mereka tidak lagi memberikan apa-apa maklumat kepada kami cuma text sahaja, kami perlukan jawapan kerana pemain dan pegawai ingin meneruskan kehidupan,” katanya selepas perlawanan pusingan pertama Piala FA di Stadium Perak pada Khamis.

Advertisements

Dalam pada itu, pasukan Perak FC berjaya mara ke pusingan kedua Piala FA selepas menewaskan pasukan Kijang Rangers dengan keputusan 1-0 hasil jaringan pemain muda, Hakimi Isa pada minit ke-101. Perlawanan terpaksa dilanjutkan ke masa tambahan selepas tanpa jaringan untuk 90 minit perlawanan.

Yusri berkata, pujian perlu diberikan kepada anak-anak buahnya yang bermain sepenuh jiwa demi mendapatkan kemenangan yang diidamkan.

“Alhamdulillah, susah nak gambarkan keadaan semasa mereka (pemain) bermain dengan hati dan jiwa mereka untuk mencuba walaupun kita tidaklah inginkan perlawanan diheret ke masa tambahan.

Advertisements

“Apa yang dilakukan para pemain saya adalah merupakan sesuatu anugerah daripada ALLAH SWT dan bagi saya pemain berjuang betul-betul kerana pasukan negeri mereka iaitu Perak..oleh itu management yang tengok kita berjuang begini seharusnya tampil untuk membantu.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Muhammad Yunus Zakariah menegaskan bahawa pihak pengurusan sedang berusaha sehabis baik dalam menyelesaikan masalah tunggakan gaji tersebut. Beliau mengesahkan bahawa pihak pengurusan sudah mencari pelabur baharu, pembeli baharu serta penaja dan malah hingga ke peringkat kerajaan negeri bagi mendapatkan bantuan.

“Kita memang tak ada fund (dana) untuk made any payment to anyone (buat bayaran kepada sesiapa). Sebab itulah, kami kini berusaha untuk pergi ke semua angle…cari pelabur, pembeli, penaja malah hingga ke kerajaan negeri untuk dapatkan bantuan.

Advertisements

“Dalam masa sama, kami juga sehingga ke hari ini, masih belum menerima dokumen bukti dana (proof of fund) daripada pihak yang dikatakan berminat untuk membeli Perak FC,” katanya kepada Sukan Sinar.






Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram