Yusri Che Lah Tak Mahu Pemain Terlalu Selesa
Dunia
perakfootballclub
Advertisements

Ketua jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah berpendapat bahawa masih terlalu awal buat barisan pemain untuk berasa selesa walaupun Perak FC kini sudah mencatatkan dua kemenangan dan satu seri dalam aksi pra-musim.

Terdahulu, kemenangan ke atas juara Piala FA, Dee Jay Arr FC 3-1 dan baru-baru ini pula kemenangan 2-1 ke atas pasukan Sri Pahang pada sabtu yang lepas.

Bagi perlawanan ketiga, Perak FC catatkan seri tanpa jaringan menentang pasukan Negeri Sembilan.

Advertisements

Yusri dalam pada itu menjelaskan bahawa tujuan utama aksi persahabatan adalah kerana untuk melihat tahap kecergasan pemain dalam tempoh separuh masa pertama.

“Sebenarnya, sudah dua aksi pra-musim yang kita adakan dan ia secara keseluruhannya, bertujuan untuk kita tengok tahap kecergasan pemain, terutamanya dalam tempoh 45 minit permainan.

Advertisements

Tambah Yusri, penerapan taktikal yang diterapkan olehnya adalah perkara yang paling mustahak perlu barisan pemain fokuskan terlebih dahulu.

Jurulatih berusia 45 tahun itu turut berharap agar barisan pemain sudah berada di tahap terbaik menjelang saingan Liga bermula nanti.

Advertisements

“Tak boleh kata kita dah berpuas hati kerana apa yang boleh saya katakan adalah bagaimana pemain dapat memahami corak taktikal yang akan diterapkan oleh pasukan. Itu lebih mustahak.

“Dalam masa sama, kita juga berikan peluang kepada semua pemain untuk pamerkan aksi masing-masing dan diharapkan menjelang sepak mula nanti, pemain berada pada tahap kecergasan yang terbaik,” kata Yusri kepada Sinar Harian.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram