Zainal Abidin Anggap Malaysia Sudah Ada Pengganti Corbin Ong
Liga Super
Khairul / MakanBola
Advertisements

Bekas ketua jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan yakin bahawa Malaysia kini memiliki pengganti terbaik pada posisi pertahanan kiri yang kini dikemudi oleh pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), La’vere Corbin Ong.

Pemain berusia 31 tahun itu merupakan tunjang utama pada posisi tersebut sejak 2-3 musim kebelakangan ini bersama pasukan kebangsaan.

Namun begitu, menurut pengendali tersebut dalam satu temubual bersama Astro Arena, beliau menyatakan bahawa para penyokong boleh menarik nafas lega setelah posisi tersebut mampu ditampung oleh seorang lagi pemain negara.

Advertisements

Menurut beliau, pemain yang dimaksukan itu ialah pertahanan kiri Sabah FC, Daniel Ting yang kini mempamerkan aksi cemerlang.

Bekas pertahanan KL City FC itu kembali menemui sentuhan setelah meninggalkan pasukan JDT untuk beraksi di bawah kendalian Dato’ Ong Kim Swee.

“Daniel ialah carbon copy kepada Corbin Ong. Di sini kita dapat lihat bahawa kemampuan bertahan dan menyerang kedua pemain ini mendatangkan tenaga tambahan buat pasukan.”

Advertisements

“Kedua-dua pemain ini akhirnya akan berada dalam kotak penalti dan kita dapat lihat juga ketika pasukan hilang bola, mereka akan segera kembali ke posisi mereka. Kemampuan mereka memberi nilai tambah kepada pasukan,” jelasnya kepada Astro Arena.

Daniel Tingi sudah pun merekodkan 4 gol dan mencatat 2 bantuan gol sementara Corbin Ong dua gol dan satu bantuan gol setakat ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram