Zainal Abidin: Pestabola Merdeka Ibarat Piala Dunia Di Asia
MakanBola
Azri / MakanBola
Sponsors

Lagenda bola sepak negara, Zainal Abidin Hassan melabel Pestabola Merdeka setaraf Piala Dunia bagi kalangan penyokong di Asia.

Pengendali berusia 60 tahun itu menyatakan keterujaan apabila kembalinya Pestabola Merdeka selepas 10 tahun tidak diadakan.

Ad
Sponsors

Mengulas lanjut, beliau sempat berkongsi detik manis ketika mula-mula mewakili Malaysia dan beraksi di Stadium Merdeka.

Ad

Katanya, beliau yakin bahawa Pestabola Merdeka mampu menarik minat pasukan-pasukan besar untuk menyertai kejohanan ini.

“Pestabola Merdeka ini dulu memang piala yang cukup berprestij. Ini ibarat Piala Dunia di Asia.”

Ad

Zainal merasakan aura piala ini menyebabkan seluruh penyokong di Asia tertunggu-tunggu akan kemunculannya semula.

Ad

“Inilah satu-satunya piala yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia kerana negara lain menghantar pasukan utama ke sini,” ujarnya ketika ditemu bual media.

Ad

Beliau juga yakin para pemain yang beraksi di liga pasti berusaha keras untuk meningkatkan mutu permainan apabila melihat skuad kebangsaan berpeluang menentang lawan yang cukup hebat.

Malaysia bakal berdepan India untuk aksi pertama Pestabola Merdeka 2023 pada 13 Oktober sebelum berpeluang menentang Lubnan dan Palestin sebagai lawan di pentas final yang diadakan pada 17 Oktober bagi aksi berikutnya.