Zainal Ubah Jafri Chew Jadi Pertahanan
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Perubahan posisi adalah sesuatu yang biasa berlaku dalam sukan bola sepak. Dan yang terbaru, pemain Penang FC, Jafri Firdaus Chew telah diubah posisinya daripada menjadi seorang penyerang kepada seorang pertahanan kanan.

Jafri diletakkan di posisi pertahanan kanan dalam aksi separuh akhir Piala FA menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) semalam yang menyaksikan Penang tewas dengan jaringan 6-1 kepada juara Liga Super lapan kali itu.

Pengendali Penang, Dato’ Zainal Abidin Hassan mengakui bahawa Jafri merupakan seorang pemain yang berjiwa besar dan oleh sebab itu beliau mahu ‘transform’ Jafri supaya menjadi seorang pertahanan yang baik buat pasukan Penang.

Advertisements

“Dia (Jafri) mempunyai jiwa yang besar, mempunyai fizikal yang baik dan mempunyai asakan yang baik. Apabila saya berbincang dengan staf teknikal, boleh dikatakan Jafri merupakan pemain yang terbaik buat Penang malam ini.

“Jafri sudah menunjukkan satu kepercayaan kepada untuk terus memberi beliau bermain,” jelas Zainal kepada seperti dipetik HM dalam sesi sidang media selepas perlawanan.

Dalam aksi separuh akhir semalam, Arif Aiman menjadi wira JDT apabila menjaringkan hatrik manakala Bergson, Forestieri dan Syahmi Safari masing-masing menjaringkan satu gol untuk membelasah Penang 6-1.

Advertisements

Gol saguhati Penang dijaringkan oleh penyerang import mereka, Lucas Silva yang berpunca daripada sepakan sudut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram