Zakaria Rahim: Selepas Pemain Naturalisasi Dimasukkan, Malaysia Mula Merepek
Dunia
TrioMedia / Malek Baretta
Advertisements

Perlawanan pertama jurulatih baharu Harimau Malaya, Kim Pan-gon bermula dengan kemanisan apabila Malaysia memperagakan aksi yang cukup luar biasa untuk mengatasi Filipina dengan keputusan 2-0.

Namun menurut bekas pengurus Selangor, Zakaria Rahim menjelaskan bahawa selepas pemain naturalisasi dimasukkan dalam masa yang kedua, skuad kebangsaan mula merepek dan dilihat tidak mengikut struktur permainan seperti masa pertama.

Dalam pada itu, Zakaria menjelaskan bahawa beliau setuju memang betul ada perubahan pada permulaan nampak corak permainan seperti pasukan bertaraf Asia, tetapi beliau pelik mengapa separuh masa yang kedua Malaysia tiada sebarang gol.

Advertisements

“Pemain naturalisasi (Sumareh dan Liridon) mula dibawa masuk. Maka era main merepek pun bermula, passing entah ke mana, shooting ke gol makin kurang dan semakin lembik.”

“Ya, Harimau Malaya berubah. Mereka dah jadi chamelon, berubah dalam sekelip mata. 45 minit pertama mereka pasukan bertaraf Asia. 45 minit kedua mereka jadi pasukan bertaraf Sukan SEA. Filipina tak fit tapi Harimau Malaya tiada gol di separuh masa kedua,” jelasnya.

Bagaimanapun, Zakaria juga menyifatkan ini adalah petanda buruk dari Pan-gon kerana perbezaan corak permaianan antara masa pertama dan kedua agak ketara. Beliau menegaskan kepada jurulatih baharu dan pembantunya itu agar perbetulkan kelemahan yang ada dan mahukan Harimau Malaya yang lain macam.

Advertisements

“Kedua-dua pasukan menampilkan set pasukan yang berlainan tapi Harimau Malaya tak boleh bersaing. Ini adalah petanda buruk dari Pan-gon. Filipina pun guna set kedua (pemain) tapi mampu menyerang. Bermakna Harimau Malaya tak ada daya tahan untuk 90 minit. Harimau pancut awal!!.”

“Coach Pan-gon dan Elavarasan (Ela) kena perbaiki yang ini. We want Harimau Malaya yang berbeza, bukan yang macam separuh masa kedua malam tadi,” katanya kepada La Bola.

Sebagai rekod, kemenangan itu menyaksikan Pan Gon menamatkan ‘kitaran’ badi 18 tahun yang membelenggu pengendali skuad kebangsaan yang sebelum ini gagal meraih kemenangan dalam perlawanan pertama di bawah kendalian mereka.

Advertisements

Malaysia bakal berdepan cabaran sebenar iaitu menentang pasukan Singapura pada Sabtu ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram