Zamsaham Buka Peluang Penyokong Terajui Kelantan
Dunia
TRW KELANTAN FC
Advertisements

Pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali dengan jolokan Zamsaham telah membuka tawaran untuk sesiapa yang ingin menjadi sebahagian daripada pemilik kelabnya.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook beliau, Zamsaham mahu bekerjasama dengan mana-mana individu atau rakyat Kelantan khususnya yang mahu menjadi tunjang peneraju kelab.

Katanya, beliau membuka tawaran sebanyak 30% kepada pihak yang mahu melabur dan yakin dengan kemampuan serta masa depan pasukan Kelantan.

Advertisements

“Saya nak allocate 30% untuk rakyat Kelantan atau semua fans bola yang yakin dengan pasukan Kelantan.”

Walau bagaimanapun, beliau tetap menjadi pemegang taruh terbesar kelab iaitu sebanyak 70% bagi memudahkan hal-hal urusan kelab dilaksanakan.

“Baki 70% saya akan hold untuk memudahkan keputusan hala tuju pasukan,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Advertisements

Beliau juga telah menetapkan syarat terperinci bagi pihak yang berminat dengan tawaran yang telah dibukanya pada hari ini.

“Mereka yang berminat mestilah syarikat atau korperasi yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.”

“Setiap keputusan ada pulangan dan risiko tertentu.”

Advertisements

Zamsaham juga yakin ini bakal menjadi titik perubahan kepada pasukan miliknya menjelang tahun mendatang.

Kelantan FC kini berada dalam kedudukan terbaik dalam saingan Liga Premier apabila berada di puncak liga dengan 26 mata selepas 11 perlawanan. 

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram