Zamsaham Hantar Surat Amaran Kepada Pemain Import Kelantan
Dunia
TRW Kelantan FC
Advertisements

Pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih mesra dikenali sebagai Zamsaham memaklumkan bahawa beliau sudah pun menghantar surat amaran kepada pemain import Kelantan.

Ketika ini, tatkala prestasi pasukan sedang berada di puncak, persembahan yang ditampilkan oleh para pemain import pasukan jelas tidak memuaskan.

Malah, para penyokong juga sering menyuarakan hasrat agar Zamsaham menilai semula kemampuan pemain import agar tidak merugikan pasukan.

Advertisements

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook beliau, Zamsaham jelas mengikuti perkembangan dua pemain import pasukan iaitu Nixon Brizolara dan juga Kenta Hara.

Katanya, beliau sudah pun membuat aduan kepada ejen pemain tentang prestasi hambar yang ditampilkan oleh pemain mereka selain pemotongan bonus KPI juga sudah pun dilakukan.

Malah, Zamsaham juga masih tidak membuat keputusan akhir sama ada mahu meneruskan khidmat dua pemain ini pada musim hadapan atau tidak.

Advertisements

Sungguhpun Kelantan gah memacu Liga Premier, namun rekod jaringan mereka tidaklah begitu memuaskan apabila mereka hanya menjaringkan 25 gol dalam 16 perlawanan.

Zamsaham sudah pasti mahu mempersiapkan pasukan dengan sebaik mungkin bagi menghadapi saingan Liga Super yang lebih mencabar pada musim hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram