Zamsaham Imbau Kembali Saat Sukar Bersama Kelantan FC
Dunia
TRW KELANTAN FC
Advertisements

Pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman (Zamsaham) telah mengimbau kembali zaman lalu di mana beliau mengakui bukan mudah untuk membangunkan semula pasukan Kelantan FC.

Walaupun banyak kekurangan dan perkara yang pernah beliau lalui sementara pasukan Kelantan meningkat naik, beliau tetap positif dan mengambilnya sebagai satu semangat untuk terus kehadapan memberi manfaat kepada kelabnya. 

Perkara ini telah dikongsikan oleh Zamsaham dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya yang mana beliau menceritakan kepayahan dalam membina semula pasukan Kelantan.

Advertisements

Pemilik kelab Kelantan FC yang berasal dari Johor itu turut menzahirkan rasa syukur apabila hasil jalan berliku yang dilaluinya telah berjalan dengan selamat walaupun belum berjaya sepenuhnya, tetapi sudah mula menampakkan hasil yang positif.

Bukan itu sahaja, dalam hantaran itu juga Zamsaham berkongsi kini beliau ingin menguji dirinya membangunkan satu lagi pasukan di negara jiran iaitu di Riau, Indonesia.

Advertisements

Beliau mengharapkan sokongan serta doa penyokong untuk kemajuan pasukannya PSPS Riau FC yang akan beraksi kali pertama dalam perlawanan menentang Semen Padang FC pada 29 Ogos ini untuk musim 2022.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram