Zamsaham: Inilah Uniknya TRW, Saya Pun Pelik
Dunia
TRW Kelantan FC
Advertisements

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman hari ini dalam satu hantaran di Facebook miliknya menafikan beberapa khabar angin yang mendakwa pasukannya itu bakal membawa masuk beberapa nama bintang untuk perkuat pasukan musim hadapan.

Ahli perniagaan berjaya itu menegaskan bahawa pihak pengurusan The Red Warrior akan membuat pengumuman di laman rasmi media sosial TRW Kelantan sekiranya pemain itu sah mengikat kontrak bersama TRW. Selagi tiada pengumuman, maka pemain yang dikaitkan itu bukan milik Kelantan FC. 

“Selagi tiada pengumuman rasmi dari TRW Kelantan atau saya sendiri, maka pemain-pemain mport/local yg dikaitkan adalah tidak rasmi.”

Advertisements

Norizam atau lebih dikenali dengan nama Zamsaham turut berasa aneh dengan berita yang mendakwa pasukan Kelantan FC berminat untuk menandatangani semula bekas penjaring terbanyak Liga Super suatu ketika dahulu, Mohamad Ghaddar. Menurut Boszam, beliau sendiri tak tahu tentang perkara itu. 

“Saya pun pelik banyak betul rumuors hingga dikatakan saya nak bawak balik ghaddar, pemain Labenon yang pernah bermain dengan Kelantan sebelum ini dan sebagainya. Sedangkan saya sendiri tak tahu. Inilah uniknya TRW.”

Norizam Tukiman dalam pada itu menjelaskan bahawa setiap pemain yang dibawa masuk ke pasukan pastinya telah disaring team scouting The Red Warrior. Tambahnya beliau hanya bertindak untuk memberi keputusan samada ya atau tidak. 

Advertisements

“Pemain-pemain yg dibawa masuk adalah dari pilihan team scouting. Saya hanya berikan last word yes/no sahaja sebelum pengumuman rasmi oleh kelab Kelantan FC,” ujar Norizam di Facebook miliknya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram