Zamsaham : Kami Bukan Nak Ungkit, Kami Dedahkan Sebab Pemain Ini Yang Mulakan
Dunia
NSTP
Advertisements

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman telah memuatnaik satu hantaran di Facebook miliknya perihal isu yang hangat diperbualkan ketika ini. Norizam atau lebih mesra disapa Zamsaham menegaskan dalam hal ini bukanlah niatnya untuk mengungkit akan tetapi hanya untuk memperbetulkan isu salah faham ini.

Sebelum ini, bekas penjaga gol Kelantan FC, Farizal Harun ada memuat naik satu IG Story berbentuk sindiran seolah-olah ditujukan kepada pengurusan TRW. Difahamkan pasukan The Red Warrior tidak menyambung kontrak Farizal Harun untuk musim hadapan.

Zamsaham telah tampil dan menjelaskan bahawa beliau sentiasa menjaga kebajikan setiap pemain malah memberikan imbuhan hadiah kepada para pemain TRW walaupun imbuhan itu kadang kala tiada dalam kontrak.

Advertisements

“Sedangkan imbuhan hadiah kelahiran anak RM3500 tidak ada dalam kontrak pun kami tunaikan inikan pula yang ada dalam kontrak,” ujarnya

Beliau juga menyatakan status FB yang dibuat ini bukanlah untuk bertengkar namun untuk menjelaskan hal yang sebenar. Norizam berharap agar perkara ini dapat diselesaikan sesegera mungkin untuk memperbetulkan semula keadaan.

“Kami bukan nak ungit jauh lagi nak berbalah atau melatah, kami dedahkan sebab pemain ini yang mulakan dan kacau pengurusan TRW, semoga semunya selesai baik-baik dan diharap fans penyokong TRW faham isu ini” jelasnya

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram