Zamsaham: Kita Nak Bariskan Import Berkualiti Dan Sasar Layak Ke Liga Super
Dunia
TRW Kelantan FC
Advertisements

Baru-baru ini, pasukan The Red Warrior telah melantik bekas pemain Negeri Sembilan, Rezal Zambery Yahya untuk terus menerajui Kelantan FC dalam saingan Liga Malaysia musim depan.

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman berpendapat langkah tersebut adalah pendekatan yang baik untuk kestabilan pasukan. Boszam turut menyasarkan untuk Kelantan FC berada dalam dua kumpulan terbaik seterusnya layak ke perlawanan Liga Super.

“Untuk saingan musim depan, saya sudah pun berbincang dengan Pengarah Teknikal (Nasir Yusoff), kita nak bariskan import lagi berkualiti dan sasaran untuk berada di kelompok dua terbaik dan layak ke Liga Super.”

Advertisements

Norizam atau lebih mesra disapa Zamsaham menjelaskan bahawa TRW berjaya mempelawa dua lagi penaja baharu bagi memberi kelebihan buat pasukan. Beliau juga optimis untuk mengeluarkan bajet dua kali ganda bagi persediaan pada musim akan datang.

“Saya sudah berjumpa dengan dua penaja dan walaupun tidak besar tetapi ia beri makna besar kepada pasukan. Untuk musim akan datang, kita akan sediakan bajet dua kali ganda berbanding apa yang sudah kita keluarkan musim ini,”

Sementara itu, ketua jurulatih Kelantan FC, Rezal Zambery berpendapat setiap masalah yang dihadapi sudah menjadi asam garam bagi beliau dalam bidang bola sepak ini.

Advertisements

Namun dalam hal ini, sudah pasti beliau mempunyai perancangan yang rapi untuk para pemain yang akan datang dan memastikan target yang ditetapkan oleh pihak pengurusan tercapai.

“Untuk pemain akan datang, kita sudah kenalpasti cuma kini sedang menilai secara terperinci. Pada saya, tekanan dalam bola sepak adalah perkara biasa tapi apa pun kita harus pergi ke arah sasaran yang ditetapkan.”

Rezal dilihat segera mengambil langkah proaktif dan positif untuk membentuk Kelantan FC musim depan. Dalam hal ini, beliau harus tegas untuk menentukan sasaran yang dilakukannya terlaksana.

Advertisements

“Positifnya, bila ada persiapan lebih awal, pemain akan bersedia untuk hadapi musim yang panjang. Untuk kali ini saya kena lagi serius untuk pastikan target mampu dicapai,” kata Rezal pada sidang media Kelantan FC tempoh hari.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram