Zamsaham: Mana Ada Pemilik Nak Kelabnya Kalah
Dunia
TRW Kelantan
Advertisements

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman mengakui bahawa beliau masih sayangkan pasukan Kelantan.

Norizam atau lebih mesra disapa Zamsaham berpendapat bahawa tidak ada mana-mana pemilik kelab bola sepak di dunia ini yang mahu melihat pasukannya berada pada prestasi yang buruk. Pastinya setiap pemilik kelab mahukan kemenangan dicatat dalam setiap perlawanan.

“Saya mencintai pasukan Kelantan FC sebab mana ada pemilik nak kelab bola sepaknya kalah,” tulis Zamsaham. 

Advertisements

Usahawan terkenal itu juga dalam satu kenyataan juga memaklumkan bahawa skuad Kelantan akan membuat pengumuman barisan skuad 2023 The Red Warrior pada awal bulan Februari kelak. 

Kini pasukan yang berpangkalan di Pantai Timur itu sedang giat aktif melakukan persiapan di bawah kendalian jurulatih baru, Choi Moon-sik. Tambah Zamsaham, sebagai penyokong Kelantan, perlu letak kepercayaan kepada pengendali dari Korea itu untuk melaksanakan tugasannya. 

“Jurulatih Choi sedang buat kerja. Kita tengok dari jauh sambil mendoakan.”

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram