Zamsaham Pastikan Pemain Kelantan Tak Pura-Pura Cedera
Dunia
Zamsaham
Advertisements

Pemilik kelab pasukan Kelantan FC, Norizam Tukiman telah melakukan soal siasat khas berkenaan dengan keadaan pemain Kelantan yang terbaring semasa perlawanan tempoh hari.

Seperti yang sedia maklum, The Red Warriors mempamerkan kebangkitan yang cukup luar biasa apabila berjaya membenam cabaran PDRM dengan keputusan 2-1.

Walau bagaimanapun, individu yang mesra dikenali sebagai Zamsaham ini mendedahkan perbualan beliau bersama staf kejurulatihan Kelantan selepas melihat kelibat dua orang pemain pasukannya terbaring semasa perlawanan sedang berlangsung.

Advertisements

Boszam tidak gemar dengan aksi pemain yang gemar rebah kerana mahu melengahkan masa dan perkara ini telah pun disuarakan ketika pasukannya tewas kepada Perak dengan keputusan 2-1 di laman sendiri.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook beliau, Zamsaham memuat naik perbualan bersama barisan kejurulatihan kelab.

“Ini kenapa? Sila bagi laporan lengkap kenapa mereka jatuh. Adakah sebab nak lambatkan perlawanan atau sebab cedera?”

Advertisements

Kata mereka, dua orang pemain yang terbaring iaitu Nurshamil Abd Ghani dan juga Filipe ketika perlawanan memasuki 10 minit terakhir.

“Selamat Pagi Bos Zam. Menurut penelitian saya, daripada pandangan saya pemain ini sebenarnya cedera. Filipe ada masalah pada lututnya dan telah mengambil ubat tahan sakit bagi membolehkan beliau bermain,” jelasnya dalam perbulan itu.

Menurut salah seorang staf Kelantan, kecederaan ini juga berpunca daripada cuaca yang sangat panas.

Advertisements

“Pada pandangan saya pemain mengalami kecederaan dengan usaha dalam perlawanan yang sangat mencabar dengan cuaca yang sangat panas di Kota Bharu.”

Kelantan kini kekal di puncak liga selepas memungut 3 mata semalam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram