Zamsaham Saman KAFA
Dunia
IG Zamsaham
Advertisements

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali dengan nama Zamsaham hari ini mendedahkan bahawa beliau kini dalam proses menyaman Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).

Ini adalah kerana KAFA dikatakan masih gagal membayar pinjaman bernilai RM 3.93juta kepada TRW Kelantan FC. Pemilik Kelantan FC itu berkata pada asalnya hutang KAFA kepada adalah sebanyak RM 3.8juta namun kini naik ke RM3.93juta oleh disebabkan KAFA minta tambahan pinjaman.

“Saya sebenarnya nak diamkan sahaja,Tapi selepas ramai yg tanya,maka memang benar saya saman KAFA kerana gagal bayar hutang sebanyak RM3.93juta.

Advertisements

“Asal hutang KAFA 3.8juta, naik ke RM3.93juta sebab KAFA minta tambahan pinjaman. Tapi setakat hari ni satu sen pun belum pulang ke saya,” luah Zamsaham dalam laman Facebook miliknya.

Melalui tinjauan di ruangan komen, Zamsaham juga berkongsi mengenai bukti tindakan saman yang dibuat ke atas KAFA itu. Pinjaman tambahan yang diminta dari pihak KAFA adalah bertarikh 19 Ogos 2021.

Dalam masa yang sama, Zamasaham memohon semua penyokong Kelantan FC mendoakan kejayaan pengurusan pasukan untuk dapatkan wang yang dipinjam itu semula.

Advertisements

Untuk rekod, Zamsaham berjaya membeli pasukan Kelantan dengan nilai RM 6.8juta pada September 2020 dan pada musim hadapan Kelantan FC bakal ke Liga Super selepas menduduki tangga kedua Liga Premier musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram