Zamsaham Sasar Kelantan Ke Liga Super 2023
Dunia
NSTP
Advertisements

Pemilik Kelab Bola Sepak Kelantan (Kelantan FC), Norizam Tukiman hari ini telah memuat naik satu hantaran di akaun rasmi Facebook miliknya berkaitan sasaran dan juga perancangan yang bakal dilakukan pasukan Kelantan FC untuk beberapa musim yang mendatang.

Individu yang mesra disapa Zamsaham itu dilihat baru sahaja selesai berbincang bersama pengurus PSPS Riau FC ketika pasukan tersebut dijadualkan bakal berangkat ke Palembang untuk menentang cabaran pertama bertemu Simen Padang.

Dalam hantaran tersebut, Zamsaham optimis bahawa pasukannya itu mampu untuk mencapai kemenangan.

Advertisements

Sebagai makluman, Psps Riau FC adalah sebuah pasukan yang dimiliki secara majoriti oleh beliau secara mutlak sejak 3 Mei yang lalu.

Namun begitu, beliau turut yakin bahawa proses yang sedang dijalani oleh pasukan tersebut adalah sama dengan pasukan Kelantan.

Kedua-dua pasukan sedang berada pada landasan yang tepat sekaligus memperlihatkan misi besar yang perlu dilakukan bagi meletakkan pasukan pada kedudukan yang sepatutnya.

Advertisements

Pada musim ini, pasukan Kelantan yang mempertaruhkan bakat-bakat muda dengan kombinasi bersama pemain berpengalaman dilihat sudah mula menunjukkan peningkatan yang amat positif.

Pasukan kendalian Marco Ragini ini mengharungi saingan Liga Premier dengan cukup memberangsangkan sungguhpun menamatkan saingan di tempat ke-6 dengan mengumpul 27 mata.

Ketika ini, pasukan The Red Warrior bersaing di pentas Piala Malaysia tanpa dibimbing oleh ketua jurulatih dan digantikan oleh penolong jurulatih, Rezal Zambery Yahya.

Advertisements

Perkara yang menarik perhatian para penyokong apabila beliau sendiri menyatakan secara terbuka bahawa sasarannya adalah untuk melihat pasukan Kelantan FC layak ke Liga Super pada tahun 2023.

‘Saya sasarkan PSPS Riau Fc dan TRW Kelantan FC akan bermain di Liga 1pada tahun 2023.’

Ini sekaligus menjadi motivasi terbaik pasukan untuk terus memperagakan aksi yang terbaik dalam perlawanan berikutnya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram