Zamsaham: Saya Tahu Ada Yang Tunggu Saya Jatuh

norizam tukiman kelantan fc Zamsaham: Saya Tahu Ada Yang Tunggu Saya Jatuh
Norizam Tukiman

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman dengan nada kecewa meluahkan perasaan berkaitan isu permasalahan berbangkit pasukan Kelantan FC yang sengaja dicipta segelintir penyokong bola sepak.

Beberapa tahun lalu, Kelantan FA pernah mengalami krisis kewangan yang teruk sehingga gagal membayar gaji pemain dan ianya berjaya diselesaikan oleh pemilik baru, Norizam Tukiman yang membuat pembaharuan tangga gaji pemain dan sistem KPI.

Walaupun pembaharuan tersebut berjaya menyelamatkan Kelantan dari terus dirodong masalah, Norizam masih lagi kesal dengan sikap segelintir pemerhati bola sepak yang ‘cakap belakang’ dan ingin melihat pasukan ini kembali jatuh.

“Saya tahu, ada yang tunggu saya jatuh, pengurusan baru gagal bayar gaji pemain atau macam-macamlah. Asal bunyinya gagal.

“Tidak mengapa, kalau gagal sekalipun saya akan anggap ianya sebagai ‘hadiah’ untuk saya ketawa bila berjaya kelak. Tiada kesenangan tanpa kesusahan.” Jelas Norizam di Facebook.

Kelantan FC mensasarkan untuk layak ke saingan Liga Super untuk musim 2023 sekaligus kembali ke zaman kegemilangan pasukan berkenaan yang pernah menjuarai kejuaraan Liga Super pada tahun 2011 dan 2012.