Zamsaham Takkan Bayar Mahal Tanpa KPI
Dunia
TRW KELANTAN FC
Advertisements

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman dalam satu kenyataan semalam menjelaskan bahawa pasukan Kelantan tidak akan membayar gaji seseorang pemain dengan tanda harga yang mahal tanpa ada indeks prestasi utama (KPI).

Norizam atau lebih mesra disapa Zamsaham telah bertanyakan respon kepada para penyokong The Red Warrior akan kerelevenan pasukan Kelantan untuk membawa masuk pemain import, Christos Intzidis.

“Saya terima panggilan dari Christos bekas pemain saya yang lepas, nak main balik dengan Kelantan FC.”

Advertisements

Para penyokong TRW diminta untuk komen serta menilai akan prestasi pemain yang berusia 29 tahun itu dengan meletakkan rating bermula dari satu hingga sepuluh.

“Satu sampai sepuluh, sepuluh paling bagus. Apa komen penyokong sekalian.”

Bagaimanapun Zamsaham menyatakan bahawa beliau dan staff kejurulatihan akan menilai terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Semua maklum bahawa Kelantan adalah sebuah pasukan yang ada sasaran tersendiri.

Advertisements

“Semua tahu, saya takkan bayar mahal tanpa KPI. Sudah tentu jurulatih dan pegawai operasi pun saya akan tanya. Tapi akhir sekali saya yang tentukan juga akhirnya untuk kebaikan semua,” tulis Zamsaham.

Christos Intzidis pada musim lepas sempat bersama pasukan Kelantan dan beraksi sebanyak 10 penampilan. Bagaimanapun khidmat pemain dari Greece ini tidak lagi diperlukan untuk musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram