Usaha pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham dalam usaha untuk menarik para penyokong untuk hadir ke stadium adalah dengan menawarkan harga tiket yang tidak masuk akal.
Terbaru, beliau telah pun mengumumkan bahawa para penyokong boleh mendapatkan tiket dengan harga serendah RM 5 sahaja.
Menerusi satu kenyataan di laman Facebook rasminya, Zamsaham mengumumkan bahawa tiket bagi kanak-kanak berusia 11 hingga 15 tahun boleh didapati dengan harga RM 5.
Malah, bagi kanak-kanak berusia 10 tahun ke bawah, mereka boleh hadir untuk menonton perlawanan tatkala pasukan amat memerlukan sokongan padu ‘pemain ke-12.’
Pada aksi petang ini, Kelantan akan melayan kunjungan Perak FC dalam usaha untuk memanfaatkan kegagalan JDT II yang keciciran mata ketika bertemu Kuching City FC semalam.
Rentetan kemenangan dan juga persembahan yang cukup baik ditampilkan oleh anak didik Rezal Zambery Yahya sudah pasti sekali lagi ditagih bagi menjamin kedudukan sebagai pendahulu liga.
Kelantan kini berada pada tangga pertama dengan 32 mata, 5 mata dipisahkan dengan pasukan tangga kedua iaitu JDT II.