Zaquan Adha Tabik Safuwan Baharudin
Liga Super
IG nsfc1923 / IG Zaqone_08
Advertisements

Kapten pasukan Negeri Sembilan FC, Zaquan Adha Abdul Radzak mengakui kehadiran pemain import dari Singapura, Safuwan Baharudin sangat membantu pasukan. Pada awalnya, tindakan pihak pengurusan Negeri Sembilan membawa masuk Safuwan dipersoalkan segelintir peminat pasukan ‘The Jangs’ itu.

Ini kerana, Safuwan mengalami kecederaan kepala pada musim lalu dan terpaksa diketepikan daripada beraksi sejak bulan Julai 2022. Namun sikap profesional Safuwan ternyata menarik perhatian Zaquan sebagai ketua pasukan.

“Dia (Safuwan) banyak membantu pasukan. Dia merupakan seorang pemain yang berpengalaman. Kita boleh tengok macam mana dia bermain dan bagaimana dia nak beraksi menentang pasukan besar. Dengan baru beberapa hari sahaja dia bersama pasukan, dia dapat ‘adapt’ dengan pasukan.

Advertisements

“Saya ‘salute’ Safuwan Baharudin, dia sangat profesional. Orang boleh cakap kenapa ambil dia? Bagaimana dengan kecederaan dia? Pada saya, dia sangat-sangat profesional. Datang, buat kerja dan beri yang terbaik. Dia pemain berpengalaman yang diperlukan dalam pasukan,” luah Zaquan dalam temubual bersama Astro Arena.

Zaquan berpendapat bahawa seorang pemain import haruslah lebih baik berbanding dengan pemain tempatan yang ada dalam pasukan. Dalam masa yang sama, Zaquan merasakan kekalahan 0-7 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) tempoh hari merupakan mimpi ngeri yang perlu dilupakan segera.

“Ianya (kekalahan kepada JDT) mimpi yang buruk untuk setiap pasukan menerima apabila kalah dengan jaringan yang besar. Untuk saya, perjalanan masih lagi jauh dan banyak lagi perlawanan selepas ini. Kita tutup buku lawan dengan JDT, kita buku yang baru,” jelas Zaquan lagi.

Advertisements

Negeri Sembilan bakal melayan kunjungan Terengganu FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada 16 Mac ini dalam aksi kelima Liga Super. Aksi keempat bertemu Kuala Lumpur City FC (KL City) ditunda ke ke satu tarikh yang belum ditetapkan selepas perlawanan dihentikan pada minit ke-27 akibat hujan lebat dan padang ditakungi air.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram