Advertisement
Zhafri & Declan Lambert Mungkin Terlepas Aksi King’s Cup
Dunia
MakanBola
KL City Football

Dua pemain daripada KL City yang mendapat panggilan kebanggsaan, Zhafri Yahya dan Declan Lambert berkemungkinan akan terlepas aksi bersama Harimau Malaya di King’s Cup.

Menurut satu ciapan Twitter daripada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, menyatakan bahawa dua perlawanan gantian Liga Super bakal diadakan pada tarikh kalendar FIFA.

Jurulatih KL City, Bojan Hodak pasti mengambil kira semula daripada semua aspek sebelum membuat keputusan melepaskan dua pemain KL City oleh kerana kedua-duanya merupakan tulang belakang pasukan sepanjang musim ini.

Jika KL City membenarkan, ianya satu perkara yang positif buat pasukan kebanggsaan kerana khidmat kedua pemain tersebut sedang berada dalam prestasi terbaik.

Aksi King’s Cup dijadualkan berlangsung pada 22 September ini dan akan memulakan cabaran menentang pasukan gergasi Asia Tenggara, Thailand.