Dunia
Kuala Lumpur City
Advertisements

Zhafri Yahya yang masih setia jatuh bangun bersama pasukan KL City FC telah mempamerkan aksi yang cemerlang dibahagian tengah pasukan pada musim ini. Pemain berumur 27 tahun ini sudah bersama KL City sejak tahun 2016 dan telah melakukan lebih daripada 100 penampilan bersama kelab tersebut.

Musim ini menyaksikan KL City FC berjaya menamatkan saingan Liga Super ditangga ke-6 dan tidak pernah kalah dilaman sendiri. Disebalik aksi cemerlang KL City musim ini, Zhafri Yahya antara pemain yang wajar dipuji apabila beliau berjaya mengendalikan bahagian tengah pasukan dengan baik.

88 Zhafri Yahya Menyerlah Di Bahagian Tengah KL City FC Musim Ini
Aksi Zhafri Yahya sewaktu menentang Perak FC

Zhafri bermain dalam 21 perlawanan Liga Super bersama KL City musim ini dan diturunkan dalam kesebelasan utama sebanyak 19 kali. Beliau turut berjaya menjaringkan 3 gol dan mencatat 3 assist dalam saingan Liga Super menurut statistik daripada Soccerway.

Advertisements

Namun Zhafri Yahya belum pernah dipanggil untuk menyarung jersi skuad kebangsaan Malaysia. Pemain ini sudah 6 tahun bersama KL City sejak dibawa masuk oleh Ismail Zakaria sewaktu KL City beraksi di Liga Premier.

Zhafri Yahya bersama Paulo Josue dan Giancarlo Gallifuoco

Zhafri antara individu yang setia bersama KL City apabila sudah bersama pasukan sewaktu KL City dinaikkan ke Liga Super pada tahun 2018 setelah muncul juara Liga Premier 2017. Setelah beraksi 2 musim di Liga Super, KL City kemudian diturunkan ke Liga Premier lagi sekali sebelum mereka kembali mewarnai Liga Super pada tahun 2021.

Beliau kini menjadi pemain kesebelasan utama pasukan dan membentuk gandingan tengah yang mantap bersama Akram Mahinan. Pemain bernombor jersi 8 ini mempunyai kualiti hantaran yang baik malah beliau cekap dalam membaca permainan pihak lawan.

Advertisements

Kini berusia 27 tahun, Zhafri sedang berada dalam prestasi terbaiknya dan pahit manis bersama KL City FC telah mematangkan lagi permainan bola sepak beliau. Jika Zhafri berterusan mempamerkan aksi cemerlang, tidak mustahil beliau akan mendapat peluang menyarung jersi Harimau Malaya kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram