Zhafri Yahya, Wira ‘Underrated’ Julang KL City Ke Asia
Dunia
Syafiq/KLCityFC
Advertisements

Pemain terbaik perlawanan final Piala Malaysia 2021, Zhafri Bin Yahya mengakui kejuaraan kali ini merupakan pencapaian tertingginya sepanjang karier sebagai pemain bola sepak. Wira ‘Underrated’ ini berjaya menjaringkan satu gol ketika membantu KL City menjulang trofi Piala Malaysia edisi ke-100.

Pemain yang berusia 27 tahun ini membuka akaun jaringan perlawanan di Stadium Bukit Jalil kelmarin. Pada minit ke-66 perlawanan, Zhafri telah menerima hantaran cantik daripada J. Partiban. Ledakan deras Zhafri Yahya gagal diselamatkan kapten JDT, Farizal Marlias sekaligus memberi kelebihan buat KL City mendahului di hadapan.

Sementara itu, anak jati Selangor ini turut berterima kasih kepada pengendali KL City, Bojan Hodak atas kepercayaannya memberi peluang buat Zhafri bermain di posisi sayap. Menurutnya posisi sayap kanan merupakan posisi kegemarannya.

Advertisements

“Saya dengan Kuala Lumpur sudah enam tahun, ini adalah pencapaian paling tinggi saya dapat dan saya betul-betul berterima kasih kepada jurulatih sebab dia yang telah mengenal pasti posisi yang saya gemari, yang saya suka.”

Zhafri dalam pada itu menyatakan bahawa gol pertama perlawanan itu seolah-olah menjadi pembakar semangat buat pasukan.

“Malam ini mungkin saya terlepas dua peluang tapi akhirnya saya dapat satu peluang yang betul-betul saya tak mahu lepaskan. Gol pertama itu beri semangat kepada pasukan dan kami ke final bukan sebagai pasukan pilihan tapi kami cuba fokus 90 minit untuk tidak kalah dengan JDT.”

Advertisements

KL City juga sudah dianggap sebagai sebuah keluarga. Setiap pemain, pengurusan dan barisan kejurulatihan memainkan peranan masing-masing untuk membentuk keharmonian dalam pasukan.

“Dari pihak pengurusan, pemain, senior dan junior memang ‘satu kepala’ lah. Kami betul-betul ibarat sebuah keluarga. Kita bukan saja dengar arahan jurulatih tapi daripada pemain senior juga. Kita cuba analisis perlawanan dan bagaimana nak bermain menentang lawan-lawan seterusnya,” katanya ketika sidang media selepas perlawanan.

Zhafri turut mengesahkan bahawa dirinya akan kekal setia bersama KL City pada musim hadapan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram