Ziyech Disisihkan Daripada Skuad Kebangsaan Kerana Masalah Disiplin
Dunia
Photo: Getty Images
Advertisements

Bintang Chelsea, Hakim Ziyech dilaporkan telah digugurkan daripada skuad kebangsaan Morocco kerana tingkah laku buruknya ketika aksi persahabatan Jun lalu. Ketua jurulatih Morocco, Vahid Halilhodzic tidak lagi menyenaraikan Ziyech dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022 menentang Sudan dan Guinea.

Halilhodzic berkata Ziyech menunjukkan tingkah laku yang tidak sepatutnya sebagai seorang pemain profesional yang sedang mewakili negara ketika aksi persahabatan Jun lalu.

Ziyech dilaporkan hadir lambat sewaktu sesi latihan malah turut berpura-pura cedera ketika Morocco bertemu Ghana pada Jun lalu agar dia tidak diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan.

Advertisements

Malah Ziyech enggan memanaskan badan apabila disuruh masuk sebagai pemain gantian kerana beliau tidak mahu disenaraikan dalam perlawanan tersebut.

“Pertama kalinya dalam karier kejurulatihan saya, saya melihat tingkah laku yang mengecewakan saya,” kata Halilhodzic.

Pegawai medikal telah memeriksa keadaan Ziyech dan memberitahu bahawa beliau tiada masalah kecederaan dan boleh bermain. Namun Ziyech enggan memanaskan badan hanya kerana beliau kecewa masih disenaraikan sebagai pemain gantian.

Advertisements

Halilhodzic berkata sikap sedemikian amat tidak wajar terutama apabila dipanggil untuk menyarung jersi kebangsaan. Beliau berkata pemain bola sepak harus memberikan 100% fokus kepada negara mereka.

Ini bukan kali pertama Hakim Ziyech terlibat dengan masalah disiplin kerana pada tahun 2017 bekas ketua jurulatih Morocco, Herve Renard turut menggugurkan nama Ziyech ketika aksi Piala Negara Afrika atas faktor masalah disiplin di padang latihan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram