Zlatan Ibrahimovic Umum Persaraan
Serie A
@acmilan
Advertisements

Selepas 24 tahun beraksi sebagai pemain bola sepak, legenda Sweden, Zlatan Ibrahimovic akhirnya mengumumkan telah bersara dari dunia bola sepak. Pengumuman tersebut dibuat selepas perlawanan terakhir Serie A membabitkan A.C. Milan dan Hellas Verona awal pagi tadi.

Sebelum ini Ibrahimovic berharap dapat meneruskan karier permainannya selepas kontraknya tamat bersama Rossoneri. Malah, beliau dikhabarkan bakal berpindah ke Monza yang dimiliki bekas pemilik A.C. Milan, Silvio Berlusconi.

Tetapi menurut wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano, Ibrahimovic dikatakan telah mengubah fikiran dan bersetuju untuk bersara hari ini. Tidak mustahil bekas penyerang Manchester United itu turut mengambil kira kecederaan lutut yang dialaminya sepanjang musim ini.

Advertisements

Memulakan karier di Malmo, Ibrahimovic bertuah kerana beraksi dengan banyak pasukan hebat termasuk United, PSG, Inter Milan, A.C. Milan, Barcelona, LA Galaxy dan Ajax Amsterdam.

Semasa di San Siro, beliau membantu Rossoneri menjulang Serie A pada 2011 dan 2022. Ibrahimovic juga merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman Sweden dengan 62 gol daripada 121 perlawanan.

Selepas tamat perlawanan, barisan pemain, staf kejurulatihan dan penyokong Rossoneri memberi tepukan gemuruh kepada beliau atas jasanya kepada kelab dalam tempoh sembilan tahun. Tidak kira apa pilihan Ibrahimovic selepas ini, dunia bola sepak kehilangan karakter yang sememangnya lain dari yang lain.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram