10 Pemain Yang Dijangka Bakal Meninggalkan Manchester United
Dunia
football365
Advertisements

Manchester United sedang bersiap sedia untuk melakukan pembersihan pemain pada musim panas ini selepas pengurus baharu Erik ten Hag hadir dari Amsterdam dan bersedia untuk memulakan tugas.

Ten Hag akan tinggal di London selepas tiba dengan jet peribadi pada hari Rabu, dan beliau akan menonton perlawanan terakhir United musim ini menentang Crystal Palace hujung minggu ini dari tempat duduk penonton.

Dijangkakan sehingga 10 pemain yang bakal meninggalkan Manchester United musim ini ketika Ten Hag teruja untuk memulakan sesuatu yang baharu.

Advertisements

Pemain-pemain yang dijangka akan meninggalkan kelab pada musim panas ini adalah Paul Pogba, Edinson Cavani, Jesse Lingard, Juan Mata, Nemanja Matic, Lee Grant, Dean Henderson, Aaron Wan-Bissaka, Eric Bailly dan Phil Jones.

Manakala masa depan pemain sensasi Manchester United, Harry Maguire masih belum dipastikan lagi. Namun Ten Hag dijangka akan membawa masuk pemain pertahanan tengah dari Ajax sama ada Jurrien Timber ataupun Lisandro Martinez.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram