11 Tahun Lalu Arsenal Tewas 8-2 Di Old Trafford
EPL
Twitter: Joseph Beyanda
Advertisements

Pada aksi dramatik Liga Perdana Inggeris (EPL) bertarikh 28 Ogos 2011 kira-kira 11 tahun yang lalu, Arsenal dikejutkan dengan kekalahan besar di Old Trafford apabila tewas 8-2 keatas Manchester United.

Pengendali Arsenal, Arsene Wenger menghadapi percaturan sukar ketika itu dengan beberapa pemainnya tidak dapat diturunkan atas pelbagai faktor.

Ketiadaan tonggak utama seperti Vermaelen, Jack Wilshare dan Abou Diaby ekoran dibelenggu kecederaan jelas membantutkan strategi pasukan. Ayam tambatan The Gunners, Gervinho dan Alex Song juga tidak beraksi akibat pergantungan kad.

Advertisements

Dalam perlawanan tersebut, Manchester United bermula garang apabila membuka tirai jaringan pada minit ke-22 menerusi penyerang muda, Danny Welback dan Ashley Young pada minit ke-28. Wayne Rooney turut meledak gol pertama peribadinya dalam perlawanan pada minit ke-41.

Perancangan Arsenal dan Wenger serba tidak menjadi dalam perlawanan tersebut. The Gunners yang tampil gugup dan tidak konsisten berjaya mendapatkan gol pertama pasukan menerusi Theo Walcott pada masa tambahan separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua permainan, Wayne Rooney terus menambah derita Arsenal apabila menjaringkan gol keempat buat Manchester United. Kehadiran Nani jelas membuahkan hasil apabila turut menjadi duri dalam daging ketika menyumbat gol disusuli jaringan Park Ji Sung pada minit ke-70 permainan.

Advertisements

Arsenal yang cuba untuk bangkit melalui jaringan Van Persie ternyata gagal mengejar keampuhan United kerana telah jauh ketinggalan.

Penyerang sensasi England, Wayne Rooney ketika itu berada pada prestasi terbaik apabila beliau berjaya mencipta ‘Hat-rick’ menerusi sepakan penalti pada minit ke-82. Ia sekaligus melayakkan dirinya menjadi pemain terbaik perlawanan.

Sebelum aksi tamat, Ashley Young sekali lagi menghukum kerapuhan benteng pertahanan Arsenal yang hilang arah dengan jaringan pada minit ke-90 permainan. Pada tarikh yang sama hari ini Arsenal turut berduka cita menerima episod kekalahan besar, kali ini ditangan Manchester City. Skuad kendalian Mikel Arteta tewas dengan jaringan 5-0.

Advertisements
https://twitter.com/bf_magnifico/status/1431621940754718729?s=21
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram