Advertising
“11 Tahun Macam-Macam Alasan” – Tunku Ismail
MakanBola
Johor Southern Tigers

DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor mahu pasukan-pasukan di Malaysia berhenti memberi alasan tentang situasi yang dihadapi mereka.

Pandangan itu dilontarkan baginda susulan pelbagai isu yang melanda beberapa pasukan Liga Malaysia (Liga M) kebelakangan ini.

Ad

Antara isu yang timbul ialah isu padang, isu pembayaran gaji terutama membabitkan pemain dan penurunan kehadiran penyokong ke stadium.

Ad

Baginda menyifatkan isu-isu ini tidak akan timbul sekiranya pihak-pihak yang berkaitan sedia mengubah mentaliti mereka dan mengambil tindakan konkrit.

Ini kerana hanya itu saja langkah terbaik untuk membantu kelab-kelab Liga M yang terkesan untuk bangkit di dalam dan luar padang.

Ad

“11 tahun macam-macam alasan dan konspirasi. Ibarat pasukan Bundesliga semua ajak ramai-ramai boikot liga kerana tak boleh cabar Bayern Munich. Perubahan mentaliti itu yang paling penting,” kata baginda di X.

Ad

Sebelum ini, Tunku Ismail turut menggariskan beberapa cadangan perubahan untuk menambah baik kualiti Liga M.

Ad

Antara langkah yang dicadangkan baginda ialah pengenalan Peraturan Fair Play Kewangan dan mewujudkan badan pengadil yang bebas.