12 Pemain Liga M3 Terpilih Jalani Latihan Di Kelab EPL
Liga M3
AFL
Advertisements

12 pemain Liga M3 yang bertuah telah dipilih untuk menjalani latihan bersama kelab EPL yang berpangkalan di Midlands, Wolverhampaton Wanderers.

Ini selepas 12 orang pemain ini berjaya melepasi ujian pemilihan program “Dare to Dream” yang diadakan pada minggu lepas.

Antara ujian yang perlu dilepasi mereka ialah kepantasan, ketangkasan, kemahiran teknik dan simulasi perlawanan sebenar.

Advertisements

Proses pemilihan ini dipantau oleh Pengurus Projek Antarabangsa Wolves, Joe Hunt, Jurulatih Bola Sepak & Pendidikan Wolves, Ryan Griffiths dan Jurulatih Pembangunan Bola Sepak Wolves, Cody Harper.

Daripada 12 pemain, 10 daripadanya ialah pemain Liga M3. Mereka ialah:

1 – Muhamad Ikmal Mohd Idris (KL Rovers / Penyerang)
2 – Muhamad Rafie Mat Yaacob (KL Rovers / Penyerang)
3 – Muhamad Rafie Kamaruzzaman (Imigresen FC / Pertahanan)
4 – Muhammad Hazim Abu Zaid (Imigresen FC / Pemain Tengah)
5 – Izzat Abd. Rahim (PIB Shah Alam FC / Penjaga Gol)
6 – Shahrul Igwan Samsudin (PIB Shah Alam FC / Pertahanan)
7 – Muhamad Aizat Safuan Razali (Manjung City FC / Pemain Tengah)
8 – Wan Muhammad Izzat Wan Zaidi (Manjung City FC / Pertahanan)
9 – Muhammad Darwisy Abdullah (Malaysian University / Pemain Tengah)
10 – Muhammad Fathullah Fazilisham (Naga Ultimate KS FC / Pemain Tengah)

Advertisements

Sementara dua pemain dari kelab Liga M4, UiTM United, Pengiran Mohamad Ilham dan Zikry Bin Mohd Hafis turut terpilih.

Mereka merupakan sebahagian daripada pasukan UiTM United yang menjulang kejuaraan Al-Ikhsan Cup 2023 pada bulan lalu.

Kesemua 12 pemain ini bakal bertolak ke England pada akhir Januari atau awal Februari tahun hadapan.

Advertisements

Dari situ, mereka bakal menjalani latihan selama seminggu di bawah pemantauan jurulatih pasukan itu di pusat latihan Wolves di Compton.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram