Advertisements
16 Pasukan Hangatkan Saingan Piala Malaysia
Piala Malaysia
MakanBola
MFL

16 pasukan termasuk juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menghangatkan persaingan Piala Malaysia 2024/25.

Advertisement

Saingan kali ini sedikit berbeza apabila tiga pasukan Liga A1 Semi-Pro berentap dengan 13 pasukan Liga Super. Edisi 2023 sebelum ini menyaksikan penyertaan dua pasukan liga berkenaan.

Tiga pasukan tersebut ialah Melaka FC, PT Antlers FC (sebelum ini dikenali sebagai PT Athletic FC) dan KL Rovers FC. Tiga pasukan ini terpilih selepas menduduki kelompok tiga teratas pusingan pertama Liga A1 Semi-Pro musim 2024/25.

Advertisement

Proses undian kejohanan menyaksikan pasukan yang menduduki tempat pertama hingga kelapan Liga Super layak secara automatik ke pusingan 16 pasukan terbaik.

Sementara kelab yang menduduki tempat kesembilan hingga ke-13 Liga Super akan diundi bersama-sama tiga kelab teratas Liga A1 Semi-Pro. Ini untuk menentukan menentukan lawan masing-masing bertemu pasukan pilihan dan undian akan dijalankan secara terbuka.

Advertisement

Perlawanan pertama pusingan 16 terbaik Piala Malaysia 2024/25 dijangka bermula pada 20 November ini. Undian kejohanan bakal berlangsung pada 11 November ini.

Advertisement

Pasukan yang gagal meneruskan saingan ke peringkat suku akhir Piala Malaysia akan berentap dalam MFL Challenge Cup 2024/25.

JDT berharap dapat mempertahankan gelaran juara yang dimenangi pada 2023. Trofi Piala Malaysia menjadi milik pasukan itu selepas menewaskan Terengganu FC 3-1 di pentas final pada Disember tahun lalu.

Advertisement