26 Pemain B-23 Malaysia Lapor Diri Untuk The Elite Games
MakanBola
Malaysia NT

26 pemain skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) telah melapor diri untuk menyertai The Elite Games.

Secara ringkas, The Elite Games ialah perlawanan ujian pendek bertujuan bukan saja sebagai medan pemanas badan Malaysia B-23.

Malah, ini dilihat medan terbaik buat jurulatih, Nafuzi Zain menguji keserasian dan prestasi pemain dalam masa singkat.

Pemain yang terpilih bakal membawa cabaran negara dalam saingan Piala Mandiri ASEAN B-23 di Jakarta, Indonesia yang bermula pada 15 Julai ini.

Antara pemain yang dilihat menyertai kem kali ini ialah kapten Johor Darul Ta’zim (JDT) II, Aysar Hadi Mohd Shapri dan peledak Selangor FC II, Abdul Rahman Daud.

Turut kelihatan ialah adik Syamer Kutty Abba, Haziq Kutty Abba, bekas penyerang Perak FC, Daniel Hakimi Ahmad Azmil dan seorang lagi penyerang Selangor II, Nabil Qayyum.

Pemain-pemain yang melapor diri menjalani sesi latihan di bawah bimbingan Nafuzi di Padang Bolasepak Sime Darby, Bukit Jelutong pada 23 Jun lalu.

Aksi pertama pemilihan The Elite Games akan berlangsung pada 24 Jun ini.