Ketua jurulatih skuad Malaysia B-23, Nafuzi Zain membuat perancangan dengan memanggil 26 pemain muda negara untuk sertai program The Elite Games.
Skuas muda negara bakal terbang ke Indonesia pada Julai ini bagi menghadapi Piala Mandiri B-23 ASEAN 2025 yang juga kejohanan pertama Nafuzi Zain sebagai jurulatih skuad muda negara.
Sebagai langkah awal, Nafuzi dan pihak pengurusan pasukan kebangsaan telah mengatur satu program khas selama 3 hari yang dinamakan sebagai The Elite Games bermula 24 hingga 26 Jun ini.
Menurut Pengarah Teknikal Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, kewujudan The Elites Games ini adalah untuk mengumpulkan dan menilai pemain-pemain B-23 negara dalam tempoh yang singkat.
”Ini adalah kali pertama kita adakan The Elite Games dengan tujuan bagi mengumpul pemain-pemain B-23 negara dalam tempoh masa yang singkat dan beraksi dalam satu sparring match,” kata Tan Cheng Hoe.
”(Ini bertujuan) untuk memupuk keserasian dan melihat bakat-bakat pemain di masa hadapan nanti,” kata beliau lagi ketika sesi sidang media pada Khamis.
Senarai 26 pemain bawah 23 tahun yang dipanggil sertai The Elites Games ini akan dimaklumkan tidak lama lagi oleh pihak pengurusan skuad kebangsaan dengan program ini dijangka akan menjadi rutin bulanan.