Kem Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) bakal bermula pada 1 Julai ini.
Perkara ini dikongsikan jurulatih Malaysia B-23, Nafuzi Zain apabila ditanya tugasan besar yang akan dihadapi pasukan itu bermula Julai ini.
Bulan Julai menyaksikan skuad negara bakal menghadapi Kejuaraan ASEAN B-23 2025 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia.
“Mungkin pasukan akan melapor diri buat pertama kalinya pada 1 Julai nanti,” katanya kepada Nadi Arena.
Lapan pemain yang menyertai fasa pertama kem Harimau Malaya pada Mei lalu berpotensi menyertai kem Malaysia B-23.
Antara pemain yang bakal dipanggil ialah Aiman Hakimi Othman, Haykal Danish Mohd Haizon, Muhammad Abu Khalil dan Alif Ahmad.
Malaysia B-23 berada dalam Kumpulan A bersama tuan rumah Indonesia, Filipina dan Brunei. Anak buah Nafuzi akan membuka kempen kejohanan dengan menentang Filipina pada 15 Julai.