Harimau Malaya

3 Misi Besar Menanti Malaysia B-23

Ubaidullah Malaysia NT 3 Misi Besar Menanti Malaysia B-23
Malaysia NT

Skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) bakal menghadapi tiga misi besar pada tahun hadapan. Tiga misi itu ialah Sukan SEA 2027, pusingan kelayakan Sukan Olimpik 2028 dan Kejohanan ASEAN B-23.

Advertisement

Tiga misi tersebut didedahkan Pengarah  Teknikal Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP), Datuk Ong Kim Swee. Sebelum menghadapi Sukan SEA, skuad muda negara akan mengharungi pusingan kelayakan Olimpik dan Kejohanan ASEAN B-23 terlebih dahulu.

“Sebelum Sukan SEA, kita akan menghadapi dua kejohanan besar di peringkat umur yang sama iaitu kelayakan Olimpik pada bulan Jun dan kejohanan AFF pada bulan Julai sebelum Sukan SEA pada bulan September,” katanya kepada Nadi Arena.

Kim Swee turut memaklumkan program khas telah diatur bagi membantu persiapan skuad Malaysia B-23. Ini termasuk mengatur beberapa aksi persahabatan antarabangsa di luar negara.

“Sudah tentu kita sebagai tuan rumah dan FAM ingin memastikan kita berada pada landasan yang betul. Di sini, kita membincangkan tentang program-program yang kita akan lakukan di mana kita ingin memastikan kita mendapatkan pingat yang lebih baik.

“Di mana bola sepak ialah satu sukan yang amat penting. Dan saya berharap dengan adanya program yang kita bincangkan tadi diikuti dengan siri-siri perlawanan persahabatan dan pendedahan di luar negara akan membantu persiapan kita,” tambahnya.

Jurulatih skuad Malaysia B-16, Shukor Adan dilaporkan antara calon yang berpotensi mengisi kerusi panas skuad Malaysia B-23. Jawatan itu kosong selepas Nafuzi Zain memilih untuk kembali bersama pasukan Pantai Timur, Terengganu FC.

Shukor dilihat bukan asing dengan skuad Malaysia B-23. Ini kerana beliau menjadi sebahagian daripada barisan kejurulatihan yang membantu skuad muda negara meraih pingat gangsa Sukan SEA 2025.

Percuma untuk pembacaTnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
--baki
Memuatkan...