Harimau Malaya

Harimau Malaya Berpeluang Lawan Dua Gergasi Asia?

Malaysia Malaysia NT 16 Harimau Malaya Berpeluang Lawan Dua Gergasi Asia?
Malaysia NT

Skuad Harimau Malaya berpotensi menentang dua pasukan gergasi Asia, Jepun dan Korea Selatan dalam aksi kompetitif antarabangsa.

Advertisement

Potensi ini timbul susulan laporan terbaru ASEAN Football. Portal itu melaporkan Persekutuan Bola Sepak Asia Timur (EAFF) sedang menimbang kemungkinan menganjurkan EAFF Football Championship 2027 di rantau Asia Tenggara.

Empat negara ASEAN disebut-sebut sebagai calon tuan rumah. Empat negara itu ialah Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Thailand.

EAFF juga dilaporkan bersedia menjemput negara-negara ASEAN untuk menyertai EAFF Football Championship untuk edisi sama. Kejohanan itu dilaporkan bakal diadakan pada pertengahan 2027.

Sehingga artikel ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada EAFF berhubung pelan untuk kejohanan berkenaan. Sekiranya perancangan ini menjadi kenyataan, ia dilihat satu berita baik buat anak buah Bojan Hodak.

Ini kerana kejohanan ini bukan saja peluang buat Malaysia menambah mata ranking tambahan untuk kedudukan ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Malah, ini juga peluang buat Harimau Malaya memantapkan persediaan bagi menghadapi pusingan kelayakan Piala Dunia 2030.

Selain itu, ini juga peluang terbaik buat negara-negara ASEAN terutama Malaysia untuk beradu kekuatan dengan dua pasukan gergasi Asia, Jepun dan Korea Selatan.

Percuma untuk pembacaTnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
--baki
Memuatkan...