Senarai 27 orang pemain yang dipanggil ke kem latihan kebangsaan sudah pun diumumkan secara rasminya namun terdapat beberapa pemain yang mencuri tumpuan para penyokong.
Kim Pan-gon dilihat mahu mencuba kombinasi baharu bersama Harimau Malaya dengan 8 muka baharu bakal memperkuatkan pasukan.
Namun begitu, terdapat beberapa pemain yang bakal mencuri tumpuan para penyokong.
- Nooa Laine
Pemain kelahiran Malaysia-Finland ini mengejutkan ramai pihak apabila Kim Pan-gon membuat keputusan untuk memanggilnya.
Beliau yang kini sedang menikmati aksi terbaik bersama pasukannya, SJK Akatemia di Finland akhirnya dipanggil ke kem latihan kebangsaan.
Pemain berusia 21 tahun ini telah mendapat pujian ketua jurulatih pasukannya yang melabel beliau sebagai salah seorang pemain paling berbakat di sana.
Khidmat Nooa sudah tentu bakal memberi nilai tambah di samping kemampuannya untuk beraksi di pelbagai posisi tengah dapat membentuk kombinasi yang cukup menarik.
2. Feroz Baharudin
Anak jati kelahiran Kota Tinggi, Johor ini kula disebut-sebut selaku pengganti masa hadapan di posisi pertahanan tengah negara.
Kebolehan luar biasa dan kematangan aksinya di atas padang telah pun menambat hati pengendali JDT, Tano Solari untuk terus menurunkannya dalam kesebelasan utama pasukan.
Pemain berusia 22 tahun ini membawa harapan yang cukup tinggi apabila rata-rata para penyokong mahu melihat beliau tampil bersama Harimau Malaya.
3. Paulo Josue
Pemain kelahiran Brazil ini merupakan antara pemain paling diperhatikan setelah beliau menerima kerakyatan bersama Endrick Dos Santos baru-baru ini.
Pengalaman luas dalam kancah Liga Super memberi kelebihan buatnya selain prestasi cemerlang di pentas Piala AFC musim lalu telah menarik perhatian Pan-gon.
Kapten KL City berusia 34 tahun ini dijangka memainkan peranan yang cukup penting sambil pengendali kelahiran Korea Selatan itu tidak mahu meletakkan beban yang cukup tinggi buat duo naturalisasi negara ini.
Pengalamannya dijangka menjadi aset penting buat jentera tengah Malaysia yang sudah lama mahukan kudrat pemain tengah menyerang sepertinya.
Malaysia akan turun berdepan Turkmenistan pada 23 Mac sebelum menentang Hong Kong 28 Mac kelak.